adik,..
mama minta maaf sebab tinggalkan adik di kampung bersama tokki dan opah...bukan kerana mama ingin berjauhan dengan adik,.. fahamila adik, ibu mana sanggup berjauhan dengan anak mereka. biarla susah senang depan mata.tetapi apakan daya mama, mama terpaksa demi mu sayang,.. sebab mama sayangkan adikla mama tinggalkan adik di kampung,.. kenapa mama tinggalkan adik di kampung??
mama serik nak tinggalkan adik dekat pengasuh di kl, cukupla pengalaman atas kakak dulu apa terjadi.. sekarang mama cume percaya abah dan mak mama sahaja untuk jaga adik,...mama dah cari orang jaga adik,. tapi mama x jumpa,.. di bandar besar ni macam orang dan ragam. bukan kerana sayang atau ikhlas untuk menjaga bayi dan kanak-kanak, tetapi hanya kerana duit semata-mata.
dengan di dada akhbar, di kaca televisyen, macam macam ks penderaan kes pengasuh,... mama jadi takut nak mencari siapa yang layak jaga adik....
mama nak adik mengerti yang mama bukan hantar adik tinggal di kampung berjauhan dengan mama sebab mama nak jimat duit, mama nak senang tak perlu jaga adik,. mama buat semua kerana mama sayang adik,. taknak adik terbiar dan makan mengarut dengan pengasuh..
adik apa pun berlaku mama sayang adik sangat-sangat,.... :(
- x sabar nak jumpa adik,.... mama nak balik kampung nak jumpa adik 30hb 4 ni.... mama nak sambut ulangtahun kelahiran adik yang pertama,.. bila hari2 talifon opah tanya adik mama jadi rindu dengar gelagat adik dekat kampung.... mama x dapat nak tengok adik berjalan bercakap... adik begitu petah dan mencuit hati,.. sampai tokki tak boleh jauh dengan adik,.. :)
sekarang adik dah terlalu cerdik dan pandai macam-macam... best nyer dapat dengar dan lihat anak mama besar dengan sihat pandai cerdik pintar.... tak sabar nak jumpa adik... rindu sangat2 ni....